29 Julai 2010

PERTANDINGAN BLOG 2010 - ENTRI KESEPULUH



REFLEKSI - BUDAYA MELAYU

Kini sampailah ke penghujung tempoh pertandingan. Banyak yang saya raih melalui pertandingan ini. Pertandingan, yang pada mulanya saya rasa agak rumit untuk dilaksanakan kini dapat saya raih manfaatnya.

Sebelum saya mengisi blog saya dengan catatan-catatan yang relevan dan bernas, banyak kajian yang perlu saya lakukan.

Selain mencari maklumat melalui lelaman internet, guru bahasa Melayu kami juga membantu kami mendapatkan maklumat dari sumber-sumber lain yang boleh dipercayai kesahihannya.

Maklumat yang saya dan rakan-rakan saya perolehi dapat kami kongsi bersama memandangkan kami semua memilih aspek budaya Melayu yang berbeza-beza. Ini merupakan sumber yang sangat berguna bagi pelajar-pelajar Melayu bukan sahaja bagi pelajar-pelajar di sekolah saya bahkan boleh juga di guna pakai oleh pelajar-pelajar dari serata Singapura. Tidak keterlaluanlah kalau saya katakan bahawa mungkin dapat diguna pakai oleh pelajar-pelajar di luar Singapura sebagai bahan rujukan.

Saya harap pertandingan blogging ini boleh terus diadakan bagi masa-masa akan datang dan mendapat sambutan hangat dari para pelajar dan juga orang awam amnya. Salam daripada saya dan terima kasih.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan