05 Julai 2010

PERTANDINGAN BLOGGING 2010 - ENTRI KEDUA


SENI PENCAK SILAT



Dalam banyak-banyak aspek budaya Melayu, saya amat tertarik kepada Seni Silat.

Silat atau Pencak Silat adalah salah satu seni mempertahankan diri bagi bangsa Melayu dan yang lainnya sejak lampau. Seni mempertahankan diri ini tersebar dalam nusantara Melayu pada abad ke 7 Masihi.

Meskipun silat tidak diakui sebagai seni Melayu asli, orang Melayu telah pergi ke beberapa beberapa pulau terutama kampung-kampung di tepian pantai untuk mengamalkan seni silat.

Istilah silat adalah sebenarnya suatu kata nama am yang digunakan untuk merujuk pada seni mempertahankan diri di Asia Tenggara. Ia dikenali di Malaysia sebagai seni silat, seni bela-diri dan kadang-kala ilmu silat/pencak silat. Di Sumatra silat dikenali sebagai silek dan lebih popular di Jawa dan Indonesia sebagai Pencak Silat. Versi Cina bagi silat dikenali sebagai kuntao.

Silat terbagi menjadi beberapa aliran, seperti silat Gayung (Gayung Laksamana, Gayung Laksamana Pahang dan lain-lain lagi). Hingga kini, silat masih terus dipelajari dan diamalkan dalam kehidupan bangsa Melayu.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan