PANDANGAN DAN PERASAAN
Saya tetap berfikiran positif kerana aktiviti ini boleh menambah ilmu pengetahuan saya mengenai budaya Melayu. Lebih-lebih lagi kami sekelas sudah menjadikan blogging sebahagian daripada budaya pembelajaran bahasa Melayu di dalam kelas.
Kesulitan ini boleh diatasi dengan kerajinan dan keinginan kita akan mempelajari budaya Melayu. Saya berharap supaya budaya Melayu akan terus diamalkan dan kekal terpahat di kalangan remaja dan anak-anak muda lainnya memandang kami merupakan generasi yang akan terus melestarikan budaya Melayu ini.
Pertandingan blog yang mengenai budaya ini dapat membuat pelajar-pelajar mendalami budaya tersebut dalam kehidupan sehari-hari dan boleh merasa bangga bahawa dirinya adalah seorang Melayu dengan mempelajari keindahan bukan sahaja budaya bahkan bahasa Melayu itu sendiri.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan