PENCAK SILAT DAN KERIS
Dalam seni pencak silat, beberapa senjata juga diperlukan untuk menunjukkan bagaimana senjata tersebut digunakan. Biasanya senjata-senjata itu adalah keris, atau pedang atau golok. Gambar-gambar di dalam entri saya ini mempamerkan beberapa contoh keris dan golok.
Perkataan keris berasal daripada bahasa Jawa Kuno. Keris digunakan untuk memepertahankan diri seprti silat dan kebesaran diraja.Senjata ini juga merupakan lambang kedaulatan orang Melayu. Keris yang paling masyhur ialah keris Taming Sari yang merupakan senjata Hang Tuah, seorang pahlawan Melayu yang terkenal.
Keris berasal dari Kepulauan Jawa dan keris purba telah digunakan antara abad ke-9 dan aba ke-14. Senjata ini terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu mata, hulu dan sarung. Keris sering dikaitkan dengan kuasa mistik oleh orang Melayu pada zaman dahulu. Antara lain, terdapat kepercayaan bahawa keris mempunyai semangatnya yang tersendiri.
Keris menurut amalan Melayu tradisional perlu dijaga dengan cara diperasapkan pada masa-masa tertentu, malam Jumaat misalnya.
Golok merupakan senjata yang berbentuk seperti pedang atau pisau berat dan besar yang digunakan untuk mempertahankan diri seperti silat. Ukuran, berat dan bentuknya ditentukan oleh pembuat golok tersebut.
Menurut pandangan saya, keris lebih mudah digunakan walaupun ia tidak sebesar golok, tetapi keris lebih ringan dan lebih mudah digunakan. Keris juga memiliki ukiran yang unik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan