26 Julai 2010

PERTANDINGAN BLOG 2010 - ENTRI KELAPAN



Dalam pencarian saya mengenai silat, cikgu saya menyuruh saya membaca sebuah artikel daripda buku teks yang berkenaan tentang galeri pusaka. saya pun belajar bahawa raja perempuan zaman dahulu yang bernama Cik Siti Wan Kembang yang merupakan raja negeri Kelantan pada kurun ke-17.

Beliau memakai sehelai kain yang diikat di bahagian dada. Kain sarungnya pula diikat beropol di bahagian pinggang. Kain yang ketiga ialah selendang panjang yang dipakai di atas bahu, samua itu dibuat daripada tenunan kain songket.

Beliau juga memakai perhiasan kepala yang disebut cucuk sanggul, dokoh, gelang, pending dan juga keris. Semua perhiasan ini bertujuan untuk mencantikkan penampilan raja serta menunjukkan kemegahannya. Rupanya, wanita Melayu biasanya memakai cucuk emas atau perak. Pada kebiasaannya, mereka memakai satu atau dua. Apabila mereka akan menyambut perayaan, mereka akan menggunakan tiga, lima atau tujuk cucuk sanggul.

Beralih pada baju raja, Cik Siti Wan Kembang memakai baju kebaya. Baju kebaya tidak hanya dipakai oleh wanita Melayu, tetapi juga oleh wanita Cina Peranakan Baba. Baju kebaya ini menggunakan tiga kerongsang untuk menyematkan baju. Bajunya bersulam dengan bunga berwarna-warni di bahagian hadapan baju dan di hujung lengan.

Pandangan saya, budaya Melayu adalah kebudayaan yang sangat menarik, banyak yang saya boleh pelajari daripada budaya Melayu. Tidak hanya seni pencak silat, tetapi juga baju atau budaya-budaya yang lainnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan