03 Februari 2011

Rumah Makan Minang bersama cikgu dan rakan-rakan


Hari Jumat, 28 Januari 2011, saya bersama cikgu dan rakan-rakan kelas pergi ke "Rumah Makan Minang" untuk mencuba dan menyantap masakan tradisional Melayu, walaupun Rumah Makan ini berasal daripada Mingkabau, Padang, Indonesia. Makanannya pun sangat lezat dan pelbagai makanan terdapat di tempat ini. Daripada rendang, ikan bakar, sotong hitam, tahu telor sampai ayam belado merah dan banyak lagi.

Setelah kami selesai makan dan berbalik ke Sekolah Menengah Guangyang, cikgu menugaskan saya dan rakan-rakan untuk memilih 3 daripada masakan yang kami cuba, resipi daripada makanan itu, sebab kami memilih makanan itu dan khasiat daripada bahan-bahan makanan yang kami pilih.

Saya pun memilih rendang, ikan bakar dan ikan bilis kentang belado daripada semua masakan yang dihidangakan. Slaid-slaid berikut ini akan menjelaskan daripada masing-masing makanan yang saya pilih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan