05 Julai 2010

PERTANDINGAN BLOGGING 2010 - ENTRI KEDUA


SENI PENCAK SILAT



Dalam banyak-banyak aspek budaya Melayu, saya amat tertarik kepada Seni Silat.

Silat atau Pencak Silat adalah salah satu seni mempertahankan diri bagi bangsa Melayu dan yang lainnya sejak lampau. Seni mempertahankan diri ini tersebar dalam nusantara Melayu pada abad ke 7 Masihi.

Meskipun silat tidak diakui sebagai seni Melayu asli, orang Melayu telah pergi ke beberapa beberapa pulau terutama kampung-kampung di tepian pantai untuk mengamalkan seni silat.

Istilah silat adalah sebenarnya suatu kata nama am yang digunakan untuk merujuk pada seni mempertahankan diri di Asia Tenggara. Ia dikenali di Malaysia sebagai seni silat, seni bela-diri dan kadang-kala ilmu silat/pencak silat. Di Sumatra silat dikenali sebagai silek dan lebih popular di Jawa dan Indonesia sebagai Pencak Silat. Versi Cina bagi silat dikenali sebagai kuntao.

Silat terbagi menjadi beberapa aliran, seperti silat Gayung (Gayung Laksamana, Gayung Laksamana Pahang dan lain-lain lagi). Hingga kini, silat masih terus dipelajari dan diamalkan dalam kehidupan bangsa Melayu.



03 Julai 2010

PERTANDINGAN BLOGGING 2010 - ENTRI PERTAMA


PANDANGAN DAN PERASAAN

Saya rasa gembira dan tertarik akan penyertaan saya dan rakan-rakan sekelas dalam pertandingan blogging ini. Pertandingan ini boleh mencungkil kreativiti pelajar-pelajar. Namun untuk melaksanakan pertandingan ini agak sulit.

Saya tetap berfikiran positif kerana aktiviti ini boleh menambah ilmu pengetahuan saya mengenai budaya Melayu. Lebih-lebih lagi kami sekelas sudah menjadikan blogging sebahagian daripada budaya pembelajaran bahasa Melayu di dalam kelas.

Kesulitan ini boleh diatasi dengan kerajinan dan keinginan kita akan mempelajari budaya Melayu. Saya berharap supaya budaya Melayu akan terus diamalkan dan kekal terpahat di kalangan remaja dan anak-anak muda lainnya memandang kami merupakan generasi yang akan terus melestarikan budaya Melayu ini.

Pertandingan blog yang mengenai budaya ini dapat membuat pelajar-pelajar mendalami budaya tersebut dalam kehidupan sehari-hari dan boleh merasa bangga bahawa dirinya adalah seorang Melayu dengan mempelajari keindahan bukan sahaja budaya bahkan bahasa Melayu itu sendiri.



25 Januari 2010

Tarian

Check out this SlideShare Presentation:

Tarian

Check out this SlideShare Presentation:

Tarian

Check out this SlideShare Presentation:

18 Januari 2010

Kehidupanku dengan wajah dan tubuhku yang cacat kini akan ku teruskan. Teman-teman sudah mernjauhkan diri. Aku sedar inilah hukuman yang setimpal dengan dosaku terhadap ibu yang telah banyak berjasa padaku. Penyesalan ini sudah tidak ada gunanya, ibu pun telah tiada. Aku sangat berdosa terhadapnya dan aku telah derhaka kepadanya.

Ibu sudah melahirkanku dan merawatku dari kecil. Pada saat aku terluka, ibu yang selalu merawat dan mengobatiku. Aku pun tumbuh besar dan berjanji kepadanya bahawa aku akan membawa wang yang banyak dan aku akan membuat ibu tersenyum bahagia setelah aku pulang dari merantau. Akhirnya, tiba saatku untuk pergi merantau ke kota, meninggalkan ibu dan teman-teman di desa. Aku pun berlayar dan memikirkan akan nasibku di kota kelak.

Sesampainya aku di kota, aku pun bingung untuk pergi kemana. Aku langsung berusaha untuk mencari pekerjaan, setelah 1 hari, aku pun belum boleh dapatkan pekerjaan. Aku merasa lelah dan akhirnya aku memutuskan untuk tidur di pinggiran jalan. Keesokan hari, aku terus berusaha untuk mencari pekerjaan, dan pada akhirnya aku pun boleh bekerja di sebuah kantor sebagai pegawai biasa, ibu selalu menanyakan kabarku dan ibu rindu padaku. Setelah 3 bulan bekerja, aku pun boleh menjadi berjaya dan mempunyai seorang isteri yang kaya. Kerana peristiwa ini, aku terlupa akan ibu, aku berfoya-foya dan bersenang-senang atas kesedihan dan kerinduan ibuku.

Aku teringat akan desa asalku, tetapi aku terlupa akan ibuku. Kerana aku telah berjaya, aku pun ingin kembali ke desa asalku dan bertemu dengan teman-temanku. Aku berlayar dan meninggalkan pekerjaanku di kota untuk beberapa hari. Sesampainya di desa asalku, semua orang pun menyambut kedatanganku, terutama ibuku. Ibuku berlari ke arahku dan memelukku, kerana malu terhadap isteriku, aku pun menggunakan tenagaku untuk mengalihkan ibuku. Ia pun terjatuh, dia menangis dan semua orang melihat dan mengasihani ibuku. Aku tidak menganggapnya sebagai ibuku kerana malu. Aku pun berlayar kembali untuk pergi ke kota, kerana aku tidak boleh meninggalkan pekerjaanku terlalu lama.

Sesampainya di kota, aku pun menaiki kereta, dan aku mengalami kecelakaan dan aku mengalami kecacatan Aku menyedari bahawa kecelakaan itu kerana kederhakaanku terhadap ibuku yang merawatku dari kecil. Seandainya waktu boleh diputar kembali, aku tidak akan merasa malu untuk mengakui ibuku. Ibuku telah tiada dan penyesalanku sudah terlambat. Aku harap ibu boleh memaafkanku dan hidup tenang di surga.

20 Disember 2009

Tugas Bahasa Melayu ( Candi Borobudur )


Borobudur ialah candi agama Buddha terbesar di dunia yang terletak di desa Boro, Kabupaten Magelang, Jawa Tengah, Indonesia. Borobudur adalah stupa Buddha mazhab Mahayana, dan monumen Buddha. Ia dibina antara tahun 750 dan 850 Masihi oleh pemerintah Jawa Dinasti Sailendra dan Sanjaya. Borobudur dibuat daripada batu-batu yang dijadikan satu. Tidak ada penemu atau pembinanya. Sir Thomas Stamford Raffles menemukannya hancur dan dia membangunnya kembali pada saat Inggris menguasai Indonesia.

Borobudur berbentuk gunung 6 segi bujur dan mempunyai 3 tingkatan, tingkatan pertama atau bawah disebut Kamadhatu, yang menceritakan tentang kesadaran yang dipenuhi dengan hawa nafsu dan sifat-sifat kebinatangan. Tingkatan kedua atau tengah disebut Ruphadatu, yang bermakna sebuah tingkatan kesadaran manusia yang masih terikat hawa nafsu, materi dan bentuk. Sedangkan tingakatan ketiga, atau atas disebut Aruphadatu yang tak lagi terikat hawa nafsu, materi dan bentuk digambarkan dalam bentuk stupa induk yang kosong. Hal ini hanya dapat dicapai dengan keinginan dan kekosongan. Pada puncak Borobudur ada stupa induk berbentuk loceng berlubang-lubang. Bahagian utamanya terletak di bahagian puncak yang dikelilingi oleh 72 patung Buddha. Setiap patung Buddha terletak dalam stupa loceng yang berlubang-lubang. Menurut kepercayaan orang, apabila kita boleh menyentuh patung tersebut yang berada dalam stupa berlubang-lubang yg kecil itu, bukanlah yang stupa induk, kita pun boleh menjadi sukses kelak. Terdapat lebih dari 2672 arca sepanjang candi Borobudur ini, dan arca-arca tersebut terbuat kerana sebuah cerita dan tulisan Belanda.

Penganut agama Buddha ini merayakan hari besar mereka iaitu Hari Wesak di sini pada bulan Mei. Hari Wesak berguna untuk memperingati hari kelahiran, nafas penghabisan dan masa apabila Boddhisatva menjadi Buddha. Borobudur pun akhirnya menjadi salah satu Warisan Dunia yang ditetapkan pada tahun 1991 samapai sekarang. Sampai sekarang, Candi Borobudur menjadi salah satu tempat wisata terbesar di Indonesia. Walaupun, Borobudur pernah terkena gempa bumi yang menyerang Yogyakarta, tetapi bagaimanapun Candi ini terselamatkan.