29 Julai 2010

PERTANDINGAN BLOG 2010 - ENTRI KESEPULUH



REFLEKSI - BUDAYA MELAYU

Kini sampailah ke penghujung tempoh pertandingan. Banyak yang saya raih melalui pertandingan ini. Pertandingan, yang pada mulanya saya rasa agak rumit untuk dilaksanakan kini dapat saya raih manfaatnya.

Sebelum saya mengisi blog saya dengan catatan-catatan yang relevan dan bernas, banyak kajian yang perlu saya lakukan.

Selain mencari maklumat melalui lelaman internet, guru bahasa Melayu kami juga membantu kami mendapatkan maklumat dari sumber-sumber lain yang boleh dipercayai kesahihannya.

Maklumat yang saya dan rakan-rakan saya perolehi dapat kami kongsi bersama memandangkan kami semua memilih aspek budaya Melayu yang berbeza-beza. Ini merupakan sumber yang sangat berguna bagi pelajar-pelajar Melayu bukan sahaja bagi pelajar-pelajar di sekolah saya bahkan boleh juga di guna pakai oleh pelajar-pelajar dari serata Singapura. Tidak keterlaluanlah kalau saya katakan bahawa mungkin dapat diguna pakai oleh pelajar-pelajar di luar Singapura sebagai bahan rujukan.

Saya harap pertandingan blogging ini boleh terus diadakan bagi masa-masa akan datang dan mendapat sambutan hangat dari para pelajar dan juga orang awam amnya. Salam daripada saya dan terima kasih.




27 Julai 2010

PERTANDINGAN BLOGGING 2010 - ENTRI KESEMBILAN

PENCAK SILAT

Berikut adalah slaid-slaid yang telah saya hasilkan dengan memuat naikkan gambar-gambar dunia persilatan.Harap para pengunjung sekalian terhibur dengan gambar-gambar yang di pamerkan.





26 Julai 2010

PERTANDINGAN BLOG 2010 - ENTRI KELAPAN



Dalam pencarian saya mengenai silat, cikgu saya menyuruh saya membaca sebuah artikel daripda buku teks yang berkenaan tentang galeri pusaka. saya pun belajar bahawa raja perempuan zaman dahulu yang bernama Cik Siti Wan Kembang yang merupakan raja negeri Kelantan pada kurun ke-17.

Beliau memakai sehelai kain yang diikat di bahagian dada. Kain sarungnya pula diikat beropol di bahagian pinggang. Kain yang ketiga ialah selendang panjang yang dipakai di atas bahu, samua itu dibuat daripada tenunan kain songket.

Beliau juga memakai perhiasan kepala yang disebut cucuk sanggul, dokoh, gelang, pending dan juga keris. Semua perhiasan ini bertujuan untuk mencantikkan penampilan raja serta menunjukkan kemegahannya. Rupanya, wanita Melayu biasanya memakai cucuk emas atau perak. Pada kebiasaannya, mereka memakai satu atau dua. Apabila mereka akan menyambut perayaan, mereka akan menggunakan tiga, lima atau tujuk cucuk sanggul.

Beralih pada baju raja, Cik Siti Wan Kembang memakai baju kebaya. Baju kebaya tidak hanya dipakai oleh wanita Melayu, tetapi juga oleh wanita Cina Peranakan Baba. Baju kebaya ini menggunakan tiga kerongsang untuk menyematkan baju. Bajunya bersulam dengan bunga berwarna-warni di bahagian hadapan baju dan di hujung lengan.

Pandangan saya, budaya Melayu adalah kebudayaan yang sangat menarik, banyak yang saya boleh pelajari daripada budaya Melayu. Tidak hanya seni pencak silat, tetapi juga baju atau budaya-budaya yang lainnya.

21 Julai 2010

PERTANDINGAN BLOG 2010 - ENTRI KETUJUH

Ini adalah pertunjukan silat kembang wali. saya mengambil video ini daripada youtube. video ini boleh menjelaskan bagaimana seni silat dipentaskan. Video ini juga boleh memperjelas kami semua bagaimana silat ditunjukan.




19 Julai 2010

PERTANDINGAN BLOGGING 2010 - ENTRI KEENAM

PENCAK SILAT DAN KERIS


Dalam seni pencak silat, beberapa senjata juga diperlukan untuk menunjukkan bagaimana senjata tersebut digunakan. Biasanya senjata-senjata itu adalah keris, atau pedang atau golok. Gambar-gambar di dalam entri saya ini mempamerkan beberapa contoh keris dan golok.


Perkataan keris berasal daripada bahasa Jawa Kuno. Keris digunakan untuk memepertahankan diri seprti silat dan kebesaran diraja.Senjata ini juga merupakan lambang kedaulatan orang Melayu. Keris yang paling masyhur ialah keris Taming Sari yang merupakan senjata Hang Tuah, seorang pahlawan Melayu yang terkenal.


Keris berasal dari Kepulauan Jawa dan keris purba telah digunakan antara abad ke-9 dan aba ke-14. Senjata ini terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu mata, hulu dan sarung. Keris sering dikaitkan dengan kuasa mistik oleh orang Melayu pada zaman dahulu. Antara lain, terdapat kepercayaan bahawa keris mempunyai semangatnya yang tersendiri.



Keris menurut amalan Melayu tradisional perlu dijaga dengan cara diperasapkan pada masa-masa tertentu, malam Jumaat misalnya.
Golok merupakan senjata yang berbentuk seperti pedang atau pisau berat dan besar yang digunakan untuk mempertahankan diri seperti silat. Ukuran, berat dan bentuknya ditentukan oleh pembuat golok tersebut.
Menurut pandangan saya, keris lebih mudah digunakan walaupun ia tidak sebesar golok, tetapi keris lebih ringan dan lebih mudah digunakan. Keris juga memiliki ukiran yang unik.



















18 Julai 2010

PERTANDINGAN BLOGGING 2010 - ENTRI KELIMA

ALAT MUZIK
MENGIRINGI PENCAK SILAT



Dalam seni pencak silat, beberapa alat musik juga diperlukan untuk mengiringi pementasan kesenian tersebut. Gambar-gambar di dalam entri blog saya ini merupakan alat-alat muzik yang digunakan dalam pementasan pencak silat.


Antara alat-alat muzik yang digunakan adalah gendang, kulanter, terompet dan gong. Gendang yang digunakan ini adalah gendang pencak. Gendang pencak dimainkan oleh 4 orang penabuh. Mereka mempunyai tugasan masing-masing dalam pelaksanaannya sehingga gendang pencak silat mempunyai nilai seni kedaerahan yang khas dan selain itu mempunyai nilai keindahan, etika, dan estetika.


Adanya keserasian dari irama gendang, terompet, dan gong yang mengeluarkan bunyi tersendiri membuat orang yang mendengarnya menjadi kagum apalagi apabila irama ini sambil dihayati, dinikmati, dan dirasakan akan memiliki nilai seni yang sangat tinggi. Ada beberapa kelebihan dari penabuh kendang pencak silat yang sudah berpengalaman selain mampu mengiringi ibing pencak silat yang sudah dirancang sebelumnya, ia mampu mengiringi gerakan-gerakan lain yang tidak dirancang sebelumnya atau gerakan yang lain dan diluar pencak silat yang ingin mencoba diiringi oleh tabuhan kendang pencak silat, biasanya penabuh mempergunakan irama padungdung karena irama ini dianggapnya lebih mudah bila dibandingkan dengan irama paleredan atau tepak dua.


Apabila pesilat yang sedang tampil di atas pentas tiba-tiba tersilap langkah maka iramanya tidak akan sesuai dengan gerakan yang ditampilkan dan penonton yang melihat akan menilai bahawa penampilan pesilat tadi belum faham dengan irama gendang pencak yang mengiringinya. Oleh kerana itu, seorang pesilat seni sebelum tampil di atas pentas perlu banyak berlatih terlebih dahulu dengan tekun dan serius serta harus peka terhadap pergerakannya.




12 Julai 2010

PERTANDINGAN BLOGGING 2010 - ENTRI KEEMPAT

PENCAK SILAT - INDONESIA











Seni Pencak Silat datang dari bahasa Indonesia. Pencak memberi maksud pergerakan yang diambil daripada bahasa Sunda, penca. Silat yang berasal dari kata Minangkabau, silek.

Pencak Silat merupakan teknik membela diri namun akhir-akhir ini ia lebih merupakan sebuah kesenian yang dipamerkan di atas pentas dan juga sebuah acara sukan yang mendapat pengiktirafan peringkat antarabangsa.

Pencak Silat yang berasal dari Indonesia ini, dipelajari untuk mendapatkan kemerdekaan dari Belanda yang menjajah Indonesia. Cara membela diri ini akhirnya pun boleh dijadikan sebuah seni yang dipentaskan.

Sebagai seorang kelahiran Indonesia, saya rasa bangga dengan adanya akar budaya Melayu itu berputik dari negara asal saya. Memang benar di Indonesia banyak pondok-pondok perguruan Pencak Silat yang mendidik anak-anak muda dan anak-anak remaja akan seni mempertahankan diri ini. Pada pendapat saya ia satu aktiviti yang dapat menggalakkan cara hidup sihat dikalangan para remaja.

08 Julai 2010

PERTANDINGAN BLOGGING 2010- ENTRI KETIGA

SENI PENCAK SILAT

APA YANG PERLU SAYA LAKUKAN??


05 Julai 2010

PERTANDINGAN BLOGGING 2010 - ENTRI KEDUA


SENI PENCAK SILAT



Dalam banyak-banyak aspek budaya Melayu, saya amat tertarik kepada Seni Silat.

Silat atau Pencak Silat adalah salah satu seni mempertahankan diri bagi bangsa Melayu dan yang lainnya sejak lampau. Seni mempertahankan diri ini tersebar dalam nusantara Melayu pada abad ke 7 Masihi.

Meskipun silat tidak diakui sebagai seni Melayu asli, orang Melayu telah pergi ke beberapa beberapa pulau terutama kampung-kampung di tepian pantai untuk mengamalkan seni silat.

Istilah silat adalah sebenarnya suatu kata nama am yang digunakan untuk merujuk pada seni mempertahankan diri di Asia Tenggara. Ia dikenali di Malaysia sebagai seni silat, seni bela-diri dan kadang-kala ilmu silat/pencak silat. Di Sumatra silat dikenali sebagai silek dan lebih popular di Jawa dan Indonesia sebagai Pencak Silat. Versi Cina bagi silat dikenali sebagai kuntao.

Silat terbagi menjadi beberapa aliran, seperti silat Gayung (Gayung Laksamana, Gayung Laksamana Pahang dan lain-lain lagi). Hingga kini, silat masih terus dipelajari dan diamalkan dalam kehidupan bangsa Melayu.



03 Julai 2010

PERTANDINGAN BLOGGING 2010 - ENTRI PERTAMA


PANDANGAN DAN PERASAAN

Saya rasa gembira dan tertarik akan penyertaan saya dan rakan-rakan sekelas dalam pertandingan blogging ini. Pertandingan ini boleh mencungkil kreativiti pelajar-pelajar. Namun untuk melaksanakan pertandingan ini agak sulit.

Saya tetap berfikiran positif kerana aktiviti ini boleh menambah ilmu pengetahuan saya mengenai budaya Melayu. Lebih-lebih lagi kami sekelas sudah menjadikan blogging sebahagian daripada budaya pembelajaran bahasa Melayu di dalam kelas.

Kesulitan ini boleh diatasi dengan kerajinan dan keinginan kita akan mempelajari budaya Melayu. Saya berharap supaya budaya Melayu akan terus diamalkan dan kekal terpahat di kalangan remaja dan anak-anak muda lainnya memandang kami merupakan generasi yang akan terus melestarikan budaya Melayu ini.

Pertandingan blog yang mengenai budaya ini dapat membuat pelajar-pelajar mendalami budaya tersebut dalam kehidupan sehari-hari dan boleh merasa bangga bahawa dirinya adalah seorang Melayu dengan mempelajari keindahan bukan sahaja budaya bahkan bahasa Melayu itu sendiri.



25 Januari 2010

Tarian

Check out this SlideShare Presentation:

Tarian

Check out this SlideShare Presentation:

Tarian

Check out this SlideShare Presentation:

18 Januari 2010

Kehidupanku dengan wajah dan tubuhku yang cacat kini akan ku teruskan. Teman-teman sudah mernjauhkan diri. Aku sedar inilah hukuman yang setimpal dengan dosaku terhadap ibu yang telah banyak berjasa padaku. Penyesalan ini sudah tidak ada gunanya, ibu pun telah tiada. Aku sangat berdosa terhadapnya dan aku telah derhaka kepadanya.

Ibu sudah melahirkanku dan merawatku dari kecil. Pada saat aku terluka, ibu yang selalu merawat dan mengobatiku. Aku pun tumbuh besar dan berjanji kepadanya bahawa aku akan membawa wang yang banyak dan aku akan membuat ibu tersenyum bahagia setelah aku pulang dari merantau. Akhirnya, tiba saatku untuk pergi merantau ke kota, meninggalkan ibu dan teman-teman di desa. Aku pun berlayar dan memikirkan akan nasibku di kota kelak.

Sesampainya aku di kota, aku pun bingung untuk pergi kemana. Aku langsung berusaha untuk mencari pekerjaan, setelah 1 hari, aku pun belum boleh dapatkan pekerjaan. Aku merasa lelah dan akhirnya aku memutuskan untuk tidur di pinggiran jalan. Keesokan hari, aku terus berusaha untuk mencari pekerjaan, dan pada akhirnya aku pun boleh bekerja di sebuah kantor sebagai pegawai biasa, ibu selalu menanyakan kabarku dan ibu rindu padaku. Setelah 3 bulan bekerja, aku pun boleh menjadi berjaya dan mempunyai seorang isteri yang kaya. Kerana peristiwa ini, aku terlupa akan ibu, aku berfoya-foya dan bersenang-senang atas kesedihan dan kerinduan ibuku.

Aku teringat akan desa asalku, tetapi aku terlupa akan ibuku. Kerana aku telah berjaya, aku pun ingin kembali ke desa asalku dan bertemu dengan teman-temanku. Aku berlayar dan meninggalkan pekerjaanku di kota untuk beberapa hari. Sesampainya di desa asalku, semua orang pun menyambut kedatanganku, terutama ibuku. Ibuku berlari ke arahku dan memelukku, kerana malu terhadap isteriku, aku pun menggunakan tenagaku untuk mengalihkan ibuku. Ia pun terjatuh, dia menangis dan semua orang melihat dan mengasihani ibuku. Aku tidak menganggapnya sebagai ibuku kerana malu. Aku pun berlayar kembali untuk pergi ke kota, kerana aku tidak boleh meninggalkan pekerjaanku terlalu lama.

Sesampainya di kota, aku pun menaiki kereta, dan aku mengalami kecelakaan dan aku mengalami kecacatan Aku menyedari bahawa kecelakaan itu kerana kederhakaanku terhadap ibuku yang merawatku dari kecil. Seandainya waktu boleh diputar kembali, aku tidak akan merasa malu untuk mengakui ibuku. Ibuku telah tiada dan penyesalanku sudah terlambat. Aku harap ibu boleh memaafkanku dan hidup tenang di surga.