25 Januari 2010

Tarian

Check out this SlideShare Presentation:

Tarian

Check out this SlideShare Presentation:

Tarian

Check out this SlideShare Presentation:

18 Januari 2010

Kehidupanku dengan wajah dan tubuhku yang cacat kini akan ku teruskan. Teman-teman sudah mernjauhkan diri. Aku sedar inilah hukuman yang setimpal dengan dosaku terhadap ibu yang telah banyak berjasa padaku. Penyesalan ini sudah tidak ada gunanya, ibu pun telah tiada. Aku sangat berdosa terhadapnya dan aku telah derhaka kepadanya.

Ibu sudah melahirkanku dan merawatku dari kecil. Pada saat aku terluka, ibu yang selalu merawat dan mengobatiku. Aku pun tumbuh besar dan berjanji kepadanya bahawa aku akan membawa wang yang banyak dan aku akan membuat ibu tersenyum bahagia setelah aku pulang dari merantau. Akhirnya, tiba saatku untuk pergi merantau ke kota, meninggalkan ibu dan teman-teman di desa. Aku pun berlayar dan memikirkan akan nasibku di kota kelak.

Sesampainya aku di kota, aku pun bingung untuk pergi kemana. Aku langsung berusaha untuk mencari pekerjaan, setelah 1 hari, aku pun belum boleh dapatkan pekerjaan. Aku merasa lelah dan akhirnya aku memutuskan untuk tidur di pinggiran jalan. Keesokan hari, aku terus berusaha untuk mencari pekerjaan, dan pada akhirnya aku pun boleh bekerja di sebuah kantor sebagai pegawai biasa, ibu selalu menanyakan kabarku dan ibu rindu padaku. Setelah 3 bulan bekerja, aku pun boleh menjadi berjaya dan mempunyai seorang isteri yang kaya. Kerana peristiwa ini, aku terlupa akan ibu, aku berfoya-foya dan bersenang-senang atas kesedihan dan kerinduan ibuku.

Aku teringat akan desa asalku, tetapi aku terlupa akan ibuku. Kerana aku telah berjaya, aku pun ingin kembali ke desa asalku dan bertemu dengan teman-temanku. Aku berlayar dan meninggalkan pekerjaanku di kota untuk beberapa hari. Sesampainya di desa asalku, semua orang pun menyambut kedatanganku, terutama ibuku. Ibuku berlari ke arahku dan memelukku, kerana malu terhadap isteriku, aku pun menggunakan tenagaku untuk mengalihkan ibuku. Ia pun terjatuh, dia menangis dan semua orang melihat dan mengasihani ibuku. Aku tidak menganggapnya sebagai ibuku kerana malu. Aku pun berlayar kembali untuk pergi ke kota, kerana aku tidak boleh meninggalkan pekerjaanku terlalu lama.

Sesampainya di kota, aku pun menaiki kereta, dan aku mengalami kecelakaan dan aku mengalami kecacatan Aku menyedari bahawa kecelakaan itu kerana kederhakaanku terhadap ibuku yang merawatku dari kecil. Seandainya waktu boleh diputar kembali, aku tidak akan merasa malu untuk mengakui ibuku. Ibuku telah tiada dan penyesalanku sudah terlambat. Aku harap ibu boleh memaafkanku dan hidup tenang di surga.

20 Disember 2009

Tugas Bahasa Melayu ( Candi Borobudur )


Borobudur ialah candi agama Buddha terbesar di dunia yang terletak di desa Boro, Kabupaten Magelang, Jawa Tengah, Indonesia. Borobudur adalah stupa Buddha mazhab Mahayana, dan monumen Buddha. Ia dibina antara tahun 750 dan 850 Masihi oleh pemerintah Jawa Dinasti Sailendra dan Sanjaya. Borobudur dibuat daripada batu-batu yang dijadikan satu. Tidak ada penemu atau pembinanya. Sir Thomas Stamford Raffles menemukannya hancur dan dia membangunnya kembali pada saat Inggris menguasai Indonesia.

Borobudur berbentuk gunung 6 segi bujur dan mempunyai 3 tingkatan, tingkatan pertama atau bawah disebut Kamadhatu, yang menceritakan tentang kesadaran yang dipenuhi dengan hawa nafsu dan sifat-sifat kebinatangan. Tingkatan kedua atau tengah disebut Ruphadatu, yang bermakna sebuah tingkatan kesadaran manusia yang masih terikat hawa nafsu, materi dan bentuk. Sedangkan tingakatan ketiga, atau atas disebut Aruphadatu yang tak lagi terikat hawa nafsu, materi dan bentuk digambarkan dalam bentuk stupa induk yang kosong. Hal ini hanya dapat dicapai dengan keinginan dan kekosongan. Pada puncak Borobudur ada stupa induk berbentuk loceng berlubang-lubang. Bahagian utamanya terletak di bahagian puncak yang dikelilingi oleh 72 patung Buddha. Setiap patung Buddha terletak dalam stupa loceng yang berlubang-lubang. Menurut kepercayaan orang, apabila kita boleh menyentuh patung tersebut yang berada dalam stupa berlubang-lubang yg kecil itu, bukanlah yang stupa induk, kita pun boleh menjadi sukses kelak. Terdapat lebih dari 2672 arca sepanjang candi Borobudur ini, dan arca-arca tersebut terbuat kerana sebuah cerita dan tulisan Belanda.

Penganut agama Buddha ini merayakan hari besar mereka iaitu Hari Wesak di sini pada bulan Mei. Hari Wesak berguna untuk memperingati hari kelahiran, nafas penghabisan dan masa apabila Boddhisatva menjadi Buddha. Borobudur pun akhirnya menjadi salah satu Warisan Dunia yang ditetapkan pada tahun 1991 samapai sekarang. Sampai sekarang, Candi Borobudur menjadi salah satu tempat wisata terbesar di Indonesia. Walaupun, Borobudur pernah terkena gempa bumi yang menyerang Yogyakarta, tetapi bagaimanapun Candi ini terselamatkan.

03 Ogos 2009

sajak( Kemerdekaan Singapura)

Merdeka....
Perjuangan yang tidak sia-sia.
Pengorbanan yang membuahkan kemakmuran.
Terlepaslah dari segala jajahan.

Singapuraku...
Engkau berdiri dengan teguh.
Walaupun Engkau kecil tapi kemajuanmu besar.
Lingkunganmu indah dan bersih.

Singapuraku yang merdeka...
Rakyatmu bersatu demi bangsa.
Bendera merah putih dengan bulan dan bintang berkibar dengan bebasnya.
Singapura adalah negara yang aman dan tenteram.

02 April 2009

Journal bahasa melayu(projek)

Perasaan saya untuk projek ini adalah bangga, walaupun saya menghadapi beberapa masalah yang cukup sulit. Saya dan kawan-kawan dalam membuat projek ini merasa kesulitan untuk menemukan waktu yang tepat untuk berkumpul dan mengerjakan projek ini. Cikgu siti pun memberi waktu yang sangat pendek untuk mengerjakanya
Projek ini pun membuat saya menambah ilmu dengan cara mendapati informasi yang banyak tentang kemerdekaan Singapura. Saya mengerjakan risalah dan saya pun sekarang tahu bagaimana caranya untuk membuat risalah yang sebelumnya belum pernah saya kerjakan. walaupun risalah saya salah, saya mendapat ilmu baharu untuk membetulkan risalah itu.
Manfaat projek ini agar saya dapt mempelajari bahasa melayu lebih baik lagi. Walaupun terkadang saya dan kawan-kawan saya berbual dengan bahasa Inggris. Di kelas bahasa Melayu Cikgu Siti memberikan kami waktu untuk berbual mengenai projek ini<>