04 Februari 2011

Makanan Tradisional Melayu - Ikan Bilis Kentang Belado


Bahan-bahan : 500g kentang, 6 cabai merah, 5 bawang putih, 2 cm lengkuas, garam, gula, 4 daun jeruk, 2 daun salam, 200g ikan bilis.


Rasa daripada ikan bilis kentang belado ini pedas, gurih dan sangat sesuai untuk dihidangkan bersama masakan yang lainnya. Kentang belado dan ikan bilis ini digorreng dengan menggunakan minyak dahulu, lalu dicampur dengan rempah-rempah lainnya. Rempah-rempah itu sangat meresap ke makanan itu.


Dibalik kelazatannya, makanan ini baik untuk memberikan tenaga, kerana kentang mengandung karbohidrat. Tetapi makanan ini juga tidak baik, kerana mengandung banyak minyak yang boleh membuat penyakit kegemukan, kanser dan penyakit lainnya.

Makanan Tradisional melayu - Ikan bakar

Bahan-bahan : 1 ekor ikan, 7 tangkai cili kering, 1 biji bawang besar (dikisar), 2 ulas bawang putih (dikisar), 1.5 cm halia (dikisar), sambal balacan, 1.4 cawan air asam jawa.


Rasa ikan bakar sangat lezat. Sedikit pedas, gurih dan sedikit manis. Ikan bakar ini di panggang ato dibakar diatas arang, dengan menggunakan daun pandan atau tidak. Daging ikan pun empuk dan lebut, rempah-rempahnya pun meresap ke ikan bakar ini. Walaupun ikan ini memiliki banyak tulang, tetapi rasanya tidak dapat saya hiraukan.


Dibalik kelezatannya, ikan ini sangatbaik untuk anak-anak kerana mengandung omega 3 yang membantu dalam kepandaian. Tetapi selain kebaikannya, kekurangannya pun ada, akibat cara pemasakannya, ikan ini memiliki tempat-tempat yang berwarna hitam, dan itu boleh membuat kita mendapatkan kanser.

03 Februari 2011

Makanan Tradisional Melayu - Rendang


Bahan - bahan : 1 kg daging, santan kelapa, 1/4 cawan kerisik, garam, gula melaka, sedikit air asam jawa, 2 labu bawang besar, 5 potong bawang putih, 5 batang serai, 1-1/2 cm halia, 1-1/2 cm lengkuas, 15-20 biji cili kering, 3 helai daun limau purut, 1 helai daun kunyit.


Rasa daripada rendang adalah pedas tetapi sangat lezat. Daging lembu atau kambing yang digunakan sangat empuk dan lembut akibat proses pemasakan yang agak lama agar rempah-rempah yang digunakan meresap dan rasa rendangnya pun semakin lezat. Pada saat saya memakan rendang itu, setiap gigitan rasa rendang itu semakin terasa dan lezat. Kepedasannya membuat rendang tersebut semakin tidak ada yang boleh menandinginya. Saya pun tidak dapat berhenti memakan rendang itu.


Dibalik kelezatannya itu, rendang sebenarnya tidak baik untuk kesihatan kita semua, kerana rendang mengandung banyak lemak dan minyak daripada daging dan rempah-rempah tersebut. Ini boleh membuat kita mengahadapi penyakit kegemukan, kanser dan lainnya.

Rumah Makan Minang bersama cikgu dan rakan-rakan


Hari Jumat, 28 Januari 2011, saya bersama cikgu dan rakan-rakan kelas pergi ke "Rumah Makan Minang" untuk mencuba dan menyantap masakan tradisional Melayu, walaupun Rumah Makan ini berasal daripada Mingkabau, Padang, Indonesia. Makanannya pun sangat lezat dan pelbagai makanan terdapat di tempat ini. Daripada rendang, ikan bakar, sotong hitam, tahu telor sampai ayam belado merah dan banyak lagi.

Setelah kami selesai makan dan berbalik ke Sekolah Menengah Guangyang, cikgu menugaskan saya dan rakan-rakan untuk memilih 3 daripada masakan yang kami cuba, resipi daripada makanan itu, sebab kami memilih makanan itu dan khasiat daripada bahan-bahan makanan yang kami pilih.

Saya pun memilih rendang, ikan bakar dan ikan bilis kentang belado daripada semua masakan yang dihidangakan. Slaid-slaid berikut ini akan menjelaskan daripada masing-masing makanan yang saya pilih.