25 Januari 2010

Tarian

Check out this SlideShare Presentation:

Tarian

Check out this SlideShare Presentation:

Tarian

Check out this SlideShare Presentation:

18 Januari 2010

Kehidupanku dengan wajah dan tubuhku yang cacat kini akan ku teruskan. Teman-teman sudah mernjauhkan diri. Aku sedar inilah hukuman yang setimpal dengan dosaku terhadap ibu yang telah banyak berjasa padaku. Penyesalan ini sudah tidak ada gunanya, ibu pun telah tiada. Aku sangat berdosa terhadapnya dan aku telah derhaka kepadanya.

Ibu sudah melahirkanku dan merawatku dari kecil. Pada saat aku terluka, ibu yang selalu merawat dan mengobatiku. Aku pun tumbuh besar dan berjanji kepadanya bahawa aku akan membawa wang yang banyak dan aku akan membuat ibu tersenyum bahagia setelah aku pulang dari merantau. Akhirnya, tiba saatku untuk pergi merantau ke kota, meninggalkan ibu dan teman-teman di desa. Aku pun berlayar dan memikirkan akan nasibku di kota kelak.

Sesampainya aku di kota, aku pun bingung untuk pergi kemana. Aku langsung berusaha untuk mencari pekerjaan, setelah 1 hari, aku pun belum boleh dapatkan pekerjaan. Aku merasa lelah dan akhirnya aku memutuskan untuk tidur di pinggiran jalan. Keesokan hari, aku terus berusaha untuk mencari pekerjaan, dan pada akhirnya aku pun boleh bekerja di sebuah kantor sebagai pegawai biasa, ibu selalu menanyakan kabarku dan ibu rindu padaku. Setelah 3 bulan bekerja, aku pun boleh menjadi berjaya dan mempunyai seorang isteri yang kaya. Kerana peristiwa ini, aku terlupa akan ibu, aku berfoya-foya dan bersenang-senang atas kesedihan dan kerinduan ibuku.

Aku teringat akan desa asalku, tetapi aku terlupa akan ibuku. Kerana aku telah berjaya, aku pun ingin kembali ke desa asalku dan bertemu dengan teman-temanku. Aku berlayar dan meninggalkan pekerjaanku di kota untuk beberapa hari. Sesampainya di desa asalku, semua orang pun menyambut kedatanganku, terutama ibuku. Ibuku berlari ke arahku dan memelukku, kerana malu terhadap isteriku, aku pun menggunakan tenagaku untuk mengalihkan ibuku. Ia pun terjatuh, dia menangis dan semua orang melihat dan mengasihani ibuku. Aku tidak menganggapnya sebagai ibuku kerana malu. Aku pun berlayar kembali untuk pergi ke kota, kerana aku tidak boleh meninggalkan pekerjaanku terlalu lama.

Sesampainya di kota, aku pun menaiki kereta, dan aku mengalami kecelakaan dan aku mengalami kecacatan Aku menyedari bahawa kecelakaan itu kerana kederhakaanku terhadap ibuku yang merawatku dari kecil. Seandainya waktu boleh diputar kembali, aku tidak akan merasa malu untuk mengakui ibuku. Ibuku telah tiada dan penyesalanku sudah terlambat. Aku harap ibu boleh memaafkanku dan hidup tenang di surga.